Bantuan Untuk Saudara Salleh AJK IKRAR

Saudara Saleh salah seorang dari AJK IKRAR telah mengalami kemalangan teruk di mana teksi yang beliau pandu telah terbakar baru-baru ini. Beliau diberitakan melecur teruk akibat daripada kejadian itu. Sebarang bantuan bagi meringankan beban beliau bolehla menghubungi Hidir di talian +60174877370. Semoga Allah melindungi beliau dari masalah yang lebih berat dan kita berharap agar keluarga beliau dapat bersabar.

October 13, 2008 at 12:54 am Leave a comment

EZAM MEMPAMERKAN DIRINYA YANG SEBENAR???

Bagi mendapat hujah dari BN-UMNO mahu tidak mahu terpaksa baca Utusan Online dari Bandung. Tapi ini bukan bermakna saya bersetuju dengan cara dan etika Utusan dalam hal berita di sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, namun kita tetap berharap sekiranya PR memerintah staf Utusan yang mahu berubah dan menerima konsep PR seharusnya diberi tempat.

Panjang sekali komen dari Ezam tapi semakin lama beliau berada dalam tongkang UMNO yang sudah berlubang -lubang maka semakin jelas kelihatan beliau sedang menanggalkan kain bajunya sendiri. Maka teman-teman di Indonesia tertanya-tanya dengan gelagat Ezam, apakah beliau masih waras atau sudah hilang segala pertimbangan sehingga sanggup memalukan dirinya di hadapan rakyat bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh ASEAN terutama di Indonesia?
Saya akui tidak dekat dengan Ezam sejak awal semasa penubuhan PKN (Parti Keadilan Nasional) kerana kami buat kerja di tempat yang berbeza…. Latar belakang politik juga berbeza dan belum pernah bersama Ezam di dalam UMNO atau di luar UMNO. Latar belakang saya dan beberapa teman semasa Reformasi adalah dari gerakan Islam. Namun walaupun berbeza latar belakang Reformasi telah menggabungkan semua untuk bersama dalam menentang kezaliman dan ketidakadilan masa itu.

Perbezaan besar memang ada terutama setelah wujudnya Parti walaupun masa itu saya sebagai Timbalan Ketua Perhubungan Wilayah Persekutuan, timbalan kepada Zainur Zakaria.. saya tetap akur dengan beberapa strategi parti masa itu dan mereka yang punya background politik sememangnya lebih mampu ke depan dari golongan yang lain. Itu tidak menjadi masalah kepada kami tapi semakin lama, apa yang dibimbangkan akhirnya bermunculan satu demi satu..maka kemuncaknya ialah golongan berlatar belakangkan politik UMNO keluar parti dengan bermacam alasan. Kemuncaknya ialah Ezam…
Bila terkenang masa lalu, terasa sedih tapi inilah asam garam perjuangan. Inilah natijah dari apa yang ada dalam hati dan jiwa kita semasa melangkah dalam perjuangan. Saya tidak mahu mengatakan apa-apa kepada Ezam tapi cukup dan malulah !! ANDA SUDAH TIDAK BERPAKAIAN LAGI…

MARI SAMA-SAMA kita renungkan hujah desperado dari seorang Ezam…(jika ada waktu kita bahas lagi satu persatu)

Bahaya politik Anwar

Mohamad Ezam Mohd. Noor, Bekas Ketua Angkatan Muda PKR.



 

KEPUTUSAN Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengejutkan banyak pihak.

Ia kerana sebelum ini Anwar berulang-ulang kali menegaskan bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru atau Bandar Tun Razak.

Bagaimanapun bagi bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd. Noor tindakan Anwar bukanlah suatu yang luar biasa.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan ZULKIFLEE BAKAR sehari selepas Anwar membuat keputusan berkenaan, Mohamad Ezam yang pernah bersusah payah dengan bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut menegaskan, Anwar melakukan keputusan itu dalam keadaan terdesak.

‘‘Anwar cuba alihkan pandangan orang ramai terhadap kes liwat melibatkan pembantu peribadinya, Mohd.Saiful Bukhari Azlan, oleh itu kita jangan terperangkap.’’ kata Mohamad Ezam.

IKRAR: BERMAKNA EZAM SEIA DENGAN PEMIMPIN UMNO-BN DAN …apakah ini tidak memunculkan syak dari rakyat yang EZAM boleh jadi turut serta dalam konspirasi kes liwat???

Namun begitu, Mohamad Ezam yang memahami berlaku banyak tafsiran bahawa Anwar akan mencapai kejayaan mudah di lubuknya itu menegaskan Barisan Nasional (BN) seharusnya tidak gentar berhadapan dengan Penasihat PKR tersebut.

Ini kerana tegas beliau, BN berada di pihak yang benar, oleh itu parti berkenaan perlu masuk ke gelanggang di Permatang Pauh tanpa terlalu memikirkan soal menang dan kalah.

IKRAR: Alamak BN..di pihak yang benar?? Tahun lepas EZAM kata BN tak benar, sekarang sudah tukarlah..?

MINGGUAN: Pada pandangan saudara kenapa Anwar mengumumkan keputusan bertanding di Permatang Pauh?

MOHAMAD EZAM: Apa yang dilakukan oleh Anwar adalah satu tindakan terdesak. Saya lama bersama-sama dengan mereka dan Wan Azizah, justeru saya amat memahami untuk meminta beliau mengosongkan kerusi Permatang Pauh adalah sesuatu yang tidak pernah mereka fikirkan. Ini kerana Wan Azizah adalah Presiden PKR. Untuk meminta seorang presiden mengosongkan kerusi Parlimennya sudah pasti akan memberi satu implikasi yang besar kepada parti. Justeru memilih kerusi Permatang Pauh ini adalah sesuatu langkah yang amat terdesak, kalau tidak terdesak Anwar tidak akan lakukan.

IKRAR: Siapa yang terdesak ni…? Hujah ni tak berapa sedap bunyinya.

Apa sebenarnya motif Anwar melalui tindakan itu?

MOHAMAD EZAM: Ia adalah strategi Anwar dalam berhadapan dengan kes dakwaan liwat pembantu peribadinya. Anwar harus mencari jalan untuk tidak dilihat bertarung dengan Mohd. Saiful dalam satu kes jenayah. Beliau harus menampakkan dirinya bertarung dengan kerajaan dari segi politik. Daripada awal lagi kes ini, Anwar cuba mengalihkannya kepada kes politik seperti menyorok di Kedutaan Turki, mendapatkan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan selepas itu cuba mengaitkan Mohd. Saiful dengan beberapa pemimpin.

Itu semua adalah percubaan untuk menjadikan kes jenayah kepada kes politik dan dengan keadaan siasatan hampir selesai serta Mohd. Saiful pula semakin berani dan tegas dengan dakwaan beliau, Anwar tidak ada pilihan, selain membuat satu tindakan politik bagi mengejutkan dan cukup kuat untuk mengalihkan kes jenayah ini kepada kes politik. Bagi saya perkiraan utama beliau bukannya untuk ke Parlimen atau menubuhkan kerajaan pada 16 September tetapi kes liwat yang dihadapinya.

Kalau perkiraan utamanya ialah 16 September, kenapa baru sekarang mengisytiharkan hendak bertanding sedangkan Anwar sudah boleh bertanding mulai 14 April, tetapi sekarang sudah empat bulan. Oleh itu saya berpendapat 16 September bukanlah pertimbangan utama Anwar, pertimbangan beliau ialah menyelamatkan persepsi masyarakat terhadapnya.

Walaupun Permatang Pauh adalah kubu kuatnya, tetapi kenapa beliau membuat keputusan bertanding di situ di saat-saat akhir?

IKRAR: Nak pilih di mana adalah keputusan strategi bukan keputusan peribadi dah…Inipun hujah yang meleset sangat…macam tak intune dengan perkembangan politik semasa……

MOHAMAD EZAM: Memang Permatang Pauh bukan pilihannya. Malah kawasan itu tidak pernah diletakkan sebagai pilihan dalam membuat keputusan di mana beliau harus bertanding. Sebaliknya Anwar meletakkan kerusi lain sebagai pilihan iaitu Bandar Tun Razak atau Kulim Bandar Baru. Tetapi apabila beliau memilih untuk bertanding di Permatang Pauh, dari segi perkiraan beliau tidak yakin menang di kawasan lain. Permatang Pauh sememangnya dianggap kawasan selamat untuknya.

 

Dalam menghadapi Anwar di Permatang Pauh, apa yang seharusnya UMNO dan BN lakukan?

MOHAMAD EZAM: Apa yang paling penting UMNO harus membezakan antara kes jenayah dengan kes politik dan tidak terheret dengan permainan Anwar. Bagi kita, kalau kes jenayah biarlah ia diselesaikan oleh polis, kalau perlu pendakwaan dibuat, biarlah perhitungan itu di mahkamah, bukan di medan politik.

Atas sebab itu UMNO harus tegas bahawa persoalan jenayah adalah persoalan jenayah, UMNO harus mengajak beliau bertempur dari sudut percaturan dan perkiraan politik. Ini kerana dalam tempoh beberapa bulan awal pembangkang memerintah beberapa negeri jelas Anwar telah mengkhianati perjuangan bangsa. Apa yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Perak jelas menunjukkan perjuangan bangsa Melayu terhakis dan Permatang Pauh merupakan medan terbaik untuk UMNO membuktikan kepada rakyat bahawa Anwar telah mengkhianati perjuangan bangsa.

Bagaimana UMNO hendak menyakinkan rakyat sedangkan Anwar telah menguar-uarkan kepada rakyat bahawa apa yang berlaku adalah bermotifkan politik?

IKRAR: ALAHAI Ezam.. apa bukti yang PEMIMPIN UMNO perjuangkan hak dan nasib bangsa? Yang kaya raya hanya dari suku sakat mereka sahaja dulu hang yang kata…..Rakyat jelata…elek puchi…merana…orang Penang boleh bagi saksi dan buktikan yang pemimpin UMNO selama ni menjadi broker menjual tanah milik Melayu kepada bangsa lain…Nak hujah apa dengan khianat perjuangan bangsa???…terlalu sempitlah …pemimpin UMNO..awat hang ikut depa..??

MOHAMAD EZAM: UMNO kena bertegas untuk menyatakan parti itu dan kerajaan sama sekali tidak terlibat dalam kes liwat yang dihadapinya. Sebaliknya apa yang terjadi ialah persoalan antara Mohd. Saiful dan Anwar. Oleh itu Anwar harus ‘menjawab’ kepada Mohd. Saiful bukan kepada UMNO dan BN. UMNO harus melihat pertembungan dengan Anwar dari sudut politik demi perjuangan bangsa dan agama. Tanggungjawab UMNO adalah untuk menjelaskan mengenai masa depan bangsa.

Bagaimanapun, bagi pilihan raya kecil di Permatang Pauh ini, saya lebih berminat untuk melihat bahawa pertarungan ini bukanlah pertaruhan politik siapa kalah,siapa menang. Ini kerana sama ada Anwar menang atau kalah, ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada kuasa politik PKR.

Justeru kita tidak harus melihat ini politik kalah menang sebaliknya satu pertarungan moral, satu pertempuran untuk mempertahan dan menegakkan kebenaran, bagi saya kalah atau menang persoalan kedua, apa yang penting UMNO dan BN mesti masuk dan mempertahankan hujah kita bahawa negara kita berada dalam keadaan cukup bahaya.

Bagi saya, ekonomi bermasalah perkara biasa, ia pernah berlaku, tetapi yang lebih luar biasa ialah ancaman struktur politik dan sosial yang dirosakkan oleh Anwar melalui politik barunya. Dalam sejarah, kita tidak pernah diancam oleh struktur di mana orang bukan Melayu semakin berani mempersoalkan DEB dan kontrak sosial. Ini ancaman kepada keutuhan bangsa. Ancaman ini lebih berat daripada ancaman ekonomi. Pada ketika ini tiada siapapun boleh menafikan bahawa bangsa kita terancam dan keutuhan Melayu sebagai teras cukup terancam. Bagi saya, ini adalah ancaman besar kita kena lawan.

IKRAR: HANG NAK LAWAN..SILAKANLAH…buka lah bunga silat yang patut…rakyat dah muak…bro..!!!

Jadi apa strategi yang harus digunakan oleh UMNO bagi menyakinkan pengundi Permatang Pauh?

MOHAMAD EZAM: UMNO dan BN harus masuk ke gelanggang dengan keyakinan dan moral yang tinggi. Ini kerana dari segi moralnya BN di pihak yang benar. Kita melawan satu arus politik yang mahu merosakkan pejuang-pejuang bangsa dan memusnahkan Malaysia yang dibina oleh pengasas- pengasas bangsa yang berbilang kaum serta berteraskan Melayu. Ini asas bangsa kita yang kita tidak boleh usik.

Anwar membawa politik baru kononnya atas nama berbilang kaum tetapi itu bukannya dibawa oleh Anwar tetapi oleh pengasas bangsa. Pada tahun 1955 iaitu ketika pilihan raya, orang Cina sudah diajar mengundi calon Melayu, orang Melayu diajarkan mengundi calon Cina dan India, ini politik berbilang kaum. Bukan senang untuk mengajar pengundi-pengundi mengundi bukan berasaskan kaum.

Jadi amalan politik pelbagai kaum ini diasaskan oleh BN. Parti komponen itu yang melaksanakan gerakan politik berbilang kaum dan berteraskan Melayu. Politik itulah yang membina negara ini dan itulah yang mahu diancam Anwar. Justeru dari sudut moral kita di pihak yang benar kerana mempertahankan perjuangan pengasas bangsa.

Anwar harus belajar dengan Recep Tayyip Erdogan. Perdana Menteri Turki itu mempunyai fahaman yang jauh berbeza daripada pengasas bangsa Turki Mustafa Kemal Ataturk seorang sekular tetapi Erdogan yang merupakan seorang Islam tetapi tidak sekalipun menghina atau bercanggah dengan fahaman Ataturk. Ini kerana Ataturk adalah pengasas bangsanya. Itu cara negarawan berpolitik tetapi Anwar tidak ada semangat itu.

Beliau kritik DEB, mencemuh pemimpin-pemimpin UMNO dan pejuang bangsa hanya kerana untuk percaturan politiknya. Ini kita harus tentang habis-habisan.

Bagaimana pula dengan soal calon, ada pemimpin PKR mencabar saudara bertanding di situ?

IKRAR; UMNO ada maruah? Rasuah itu maruahlah…?? Elek puci ..maruah pada UMNO..Tolong betulkan sedikit tentang Turki…Kamal Ataturk bukan sahaja dikutuk oleh orang Muslim Turki tapi seluruh dunia mengutuk dia kecuali UMNO dan pemimpin UMNO…termasuk hang..ini fahaman sesat dan karut..baru dua bulan dalam UMNo dah lebih ayak ni…

MOHAMAD EZAM: Saya sudah katakan bahawa saya tidak perlu dicabar untuk memperjuangkan kebenaran. Saya sudah buktikan dengan rekod, saya pernah dipenjara dan pernah bersusah payah dengan Anwar. Saya tidak seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, ketika Anwar di dalam penjara, Khalid tidak bersama kita. Ini fakta, beliau tidak harus lupa. Beliau hanya masuk PKR selepas Anwar dibebaskan, ketika Anwar susah beliau tidak masuk. Oleh itu Khalid tidak perlu mencabar orang. Saya tidak minta jadi calon kerana ada orang lain lebih baik untuk menjadi calon cuma saya hendak menyatakan tidak akan lari daripada tanggungjawab. Ini kerana tanggungjawab saya adalah untuk menyatakan kebenaran kepada rakyat khususnya di Permatang Pauh.

Sama ada saya menjadi calon atau tidak, saya akan berada di barisan hadapan untuk bertempur dengan Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain atas nama kebenaran bukan atas nama dendam kerana mereka sudah jauh daripada asas perjuangan dan memainkan politik melampaui garisan dengan mengkhianati bangsa dan asas negara semata-mata untuk berkuasa.

IKRAR: Kebenaran dari UMNO??, dari fahaman perkauman, dari fitnah, dari rasuah, dari penghinaan dll…??? Sudahlahhhhh…..rasa nak muntah ..Tapi silakan berada di barisan hadapan..silakan..tapi ingatlah… jangan ajar serigala untuk bertarung dengan kambing sudahlah!!!!

Anwar mempolitikkan segalanya, oleh itu apa kesannya kepada orang Melayu dan bagaimana hendak menyakinkan pengundi Permatang Pauh supaya menyokong BN?

MOHAMAD EZAM: Ia menimbulkan kesan tidak baik kepada masyarakat. Inilah masalahnya apabila kita mempunyai pemimpin yang tidak mempunyai semangat negarawan dan tidak meletakkan kepentingan bangsa serta negara mengatasi kepentingan peribadi. Cuba bayangkan kalau pemimpin kita terdahulu mempunyai perangai macam ini, rosak bangsa ini.

Anwar meletakkan kepentingan peribadi mengatasi segala-galanya, beliau tidak mempedulikan soal bangsa dan soal ekonomi. Beliau menyebut soal menubuhkan kerajaan pada 16 September, semua itu merosakkan ekonomi negara. Tetapi Anwar tidak peduli, beliau mengheret persoalan peribadinya kepada rakyat sehingga menyebabkan ada keluarga berpecah, kawan-kawan berkelahi dan pandangan masyarakat kepada pemimpin Melayu pun semakin buruk.

Namun bagi Anwar ialah survival politiknya. Sebab itu punca utama saya meninggalkan Anwar adalah kerana beliau hilang sikap negarawan. Beliau meletakkan kepentingan dirinya mengatasi segala-galanya, ini kita tidak boleh berkompromi.

Apatah lagi dalam keadaan negara berbilang kaum seperti Malaysia, apa yang dilakukan oleh Anwar adalah merbahaya.

Justeru bagi saya, isu inilah yang harus kita bawa ke Permatang Pauh. Bangsa ini dibina dan didirikan selama 50 tahun bukan oleh pemidato hebat atau percaturan politik hebat seperti Anwar. Tetapi oleh pemimpin-pemimpin yang mempunyai semangat negarawan. Mereka meletakkan kepentingan bangsa melebihi kepentingan diri sendiri. Jiwa negarawan yang membina negara bukan pemidato berapi-api atau percaturan politik yang melampau. Rakyat seharusnya difahamkan dengan keadaan itu. Saya yakin selepas 100 hari pembangkang memerintah di beberapa negeri, rakyat lebih faham sekarang. Tidak ada apa yang Anwar lakukan. Dari sudut rasuah contohnya, tidak ada apa yang baru dilakukan oleh kerajaan pakatan pembangkang. Tidak ada satu pun pemimpin negeri berkenaan yang mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Saya masih menunggu kerana dulu mereka kata ia akan dilakukan selepas 100 hari memerintah. Oleh itu kita boleh persoalkan apa komitmen mereka menentang rasuah. Semua ini menunjukkan ia hanyalah permainan politik Anwar dan bukannya mahu melakukan perubahan.

IKRAR: NEGARAWAN anda sudah terbuktike?? Aduhai Ezam… kenyataan anda membuat kami malu…tolong berhentilahhhhhh!!!!

Dari sudut apa sepatutnya pengundi menilai Anwar?

MOHAMAD EZAM: Rakyat tidak harus terpukau dengan kata-kata beliau sebaliknya mereka perlu menilai rekod kerjanya. Contohnya, di mana prinsip Anwar apabila ketika menjadi Menteri Kewangan, beliau bersungguh-sungguh mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi kini menentangnya. Malah ketika menjawat jawatan itu juga, Anwar telah memberikan kontrak secara rundingan terus atau arahan bukan tender dalam skim usahawan berwibawa tetapi sekarang cuba menjadi wira untuk tender terbuka. Ini jelas tidak konsisten jadi bagaimana kita boleh mempercayai seseorang pemimpin seumpama itu.

Jadi rakyat harus menilai Anwar dari sudut berkenaan termasuklah ucapannya ketika dalam UMNO, beliau mempertahankan Melayu tetapi kini beliau menjadi juara semua kaum. Untuk menilai Anwar perlu dilihat rekod kerjanya bukan terpukau dengan ‘nyanyian’ atau ucapan beliau.

IKRAR: Rakyat akan mendengar apa yang ada dalam hatinya bukan yang lain…jadi jika rakyat sudah muak dengan UMNO maka tunggulah saat di mana Permatang Pauh akan menjadi salah satu kubur kepada UMNO. Soal dulu ..semua orang sama..sama juga seperti hang…??

Apa nasihat saudara kepada pengundi Permatang Pauh sebelum mereka membuat keputusan?

MOHAMAD EZAM: Kita harus bersikap terbuka, mendengar hujah dan tidak emosional. Bangsa yang berjaya itu lahir daripada bangsa yang memilih pemimpin itu berdasarkan hujah, bukan kepada sentimen dan emosi. Saya faham Anwar anak kelahiran Ceruk Tok Kun, tetapi itu emosi. Pengundi perlu bersikap terbuka mendengar hujah kedua-dua belah pihak dan membuat keputusan berdasarkan hujah itu yang akhirnya akan memberikan keselamatan serta jaminan kepada keutuhan bangsa, agama dan negara, itu yang harus menjadi percaturan terakhir sebelum membuang undi.

IKRAR: Betul memilih pemimpin itu penting tapi yang lebih penting ialah keperibadian pemimpin itu…antara DSAI dengan salah seorang pemimpin UMNO yang lain…sudah pasti rakyat lebih tahu memilih? Jadi alangkah baik jika Ezam kembali ke pangkal jalan dan bertaubatlahhhhh!!!!!

Mohon maaf kerana hanya dapat beri hujah singkat sahaja kerana masih di Bandung..

-Mustapa Mansor-

August 4, 2008 at 8:43 pm 1 comment

UMNO dan GOLKAR bagaikan saudara kembar..?



HR9808@IKRAR – adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

28/29 July
Selepas minum pagi di salah sebuah cafe moden yang tak jauh dari Gedung Sate (bangunannya seperti cucuk sate yang menjadi pejabat pentadbiran gabenur Jawa Barat), saya mengambil kesempatan bertemu calon walikota Bandung dan team kebetulan sedang minum di cafe yang sama. Yang menarik dari pertemuan singkat itu ialah ..mereka sudah faham sangat tentang isu yang berlaku di Malaysia dan mereka dengan terbuka mengatakan bahawa …”ya…tak jauh beda dengan GOLKAR di Indonesia…ya sama ja kayaknya”.

Mendengar komentar dari team calon walikota Dr. Taufiqurrahman..membuat fikiran saya terkenang jauh ke tahun 1992 semasa mula pertama saya bertemu dengan sdr dari PKS yang waktu itu belum berpartai….Semua gerakerja dakwah dan aktiviti sosial dilakukan secara sir/senyap tapi alhamdulillah setelah belasan tahun PKS menjadi sebuah partai yang paling berpotensi untuk memikul amanah rakyat Indonesia. Banyak analisa yang didedahkan di media memberi kredit kepada PKS sehingga pada pemilu tahun 2009 nanti PKS akan mencorak politik baru di Indonesia. Ya…inilah natijah dari sebuah proses yang tersusun rapi dan memenuhi kehendak rakyat.

Selepas bersalaman dan mengucapkan harapan kepada calon ..saya beredar dari situ dan melihat beberapa buah kereta kempen berada di pinggir jalan…semoga mereka sukses dan rakyat dimenangkan melalui kesuksesan PKS..!!!

Kesempatan membaca beberapa artikel melalui web amat terhada berbeza dengan di Kl tapi ada satu artikel yang patut menjadi renungan sedalam-dalamnya kepada semua pimpinan PR dan penyokong PR..secara peribadi saya amat terkesan dengan artikel sdr Rashidi dan sebenarnya ia harus diberi perhatian…!!

Mustapa Mansor

July 31, 2008 at 5:41 pm Leave a comment

SARAN BUAT PEJUANG RAKYAT…..mengambil hikmah dari kejadiaan..

Muzakarah atau muqabalah atau apa sahaja namanya yang punya kaitan dengan UMNO membawa erti besar kepada masa depan rakyat di Malaysia. Ianya mungkin sepele (simple) dari sudut istilah tapi membawa makna jangkauan strategi pemerintahan buat PR 13. Mungkin ada 3 hal yang patut menjadi inti persoalan sekarang:

1. Pimpinan PR perlu memahami dengan sohih siapa itu UMNO dan dasar perjuangan mereka. (maaf jika terlalu ke arah memberi nasihat tapi bukan itu maksud saya). Mengenali karektor musuh akan memunculkan idea baru ke arah bagaimana mengatasi taktik mereka. Jika perlu dikaji semula dasar mereka dan dimanakah kebobrokan perjuangan mereka. Ini memberi inti dan makna kepada perjuangan PR agar perbezaan selebar-lebarnya dapat dimunculkan ke khalayak. Menyamai mereka adalah sesuatu yang amat merugikan dan boleh menenggelamkan identiti PR. Ini soal “branding image” untuk pemilihan dan keputusan rakyat.

2. Pimpinan PR perlu punya kerangka kerja jangka panjang bagi memastikan hasrat rakyat dipenuhi bersesuaian dengan amanah yang diberi dari PR-12 yang lalu. Manifesto PR wajib menjadi ajenda utama melalui usaha kesepakatan komponen 3 parti utama dalam PR. Nilai bangsa, adat, kaum, budaya, ideologi dan apa sahaja nilai samping yang ada mesti mampu dicairkan dalam sebuah acuan Malaysia baru.

3. Pimpinan PR perlu fokus kepada bagaimana membina kekuatan dalaman PR bagi menangkis segala bentuk fitnah, strategi, taktik dan apa sahaja yang datang dari UMNO demi rakyat. Jangan terlalu berharap kepada atau pasrah kepada keadaan yang ada apatah lagi jika bersama mereka (UMNO) untuk melakar masa depan baru di Malaysia. Peta baru mesti ditampilkan buat rakyat supaya mereka semakin yakin dengan masa depan mereka bersama PR.

Mustapa Mansor

July 25, 2008 at 10:16 am Leave a comment

ANTARA STRATEGI DAN KEALPAAN…? DS ANWAR dan YAB Tuan Guru Nik Aziz dan seluruh pimpinan PR perlu selamatkan keadaan….!!

Bukan taksub atau taklid buta kepada seorang pemimpin bernama ANWAR, tapi itulah hakikatnya. Apapun yang terjadi kepada Anwar rakyat teap bersama serta pertahankan beliau dengan seluruh tenaga. Tapi kenapa DSAI terus dizalimi?
Ini merupakan analisa singkat dan simple:

1. BN-UMNO tidak sedia menerima kekalahan dalam PRU-12 kerana sebelum ini mereka terlalu selesa dengan kedudukan memerintah hampir 50 tahun. Jadi seluruh fokus jentera pemerintahan BN-UMNO terfokus kepada seseorang yang bertanggungjawab atas kekalahan ini. Tidak ada maaf bagi Anwar adalah hukuman politik BN-UMNO samalah keadaan pada tahun 1998 di mana Mahathir tidak dapat terima haklikat bahawa Anwar mahu mencabar beliau. Cara politik pemimpin Melayu sebenarnya tidak banyak berubah sejak dari zaman pemerintahan Raja-raja Melayu sehinggalah ke zaman moden ini. Sekalipun pemimpinnnya mendapat pendidikan tinggi dari dalam dan luar negeri. Mereka tidak boleh dicabar dan jika dicabar dan mereka kalah maka jentera kerajaan akan digunakan sepenuhnya. Inilah punca siri kezaliman terhadap DSAI dan siapa sahaja yang menentang mereka.

2. Secara sedar ramai pemimpin Melayu menerima hakikat bahawa Anwar lebih hebat dari mereka dan mereka yakin Anwar mampu memberi harapan baru di bumi Malaysia. Sekali lagi mereka kalah dengan kepentingan politik diri dan kroni sehingga nilai serta segalanya tergadai. 30 melompat sebenarnya bukan sesuatu yang mustahil tapi ianya terhambat apabila beberapa tuduhan palsu (fitnah) dan sedikit kealpaan di barisan pimpinan PR memberi ruang BN-UMNO untuk mendapat bantuan pernafasan. Kenyataan YAB Tuan Guru Nik Aziz amat menarik untuk kita renungkan dan ianya amat tepat dalam menilai suasana serta tindakan politik dengan UMNO. ” Kita perlu lanyak UMNO sampai tenggelam….!!!” . Inilah bicara hati tuan guru dan ianya amat menarik untuk menjadi pegangan para pejuang di mana sahaja. Ianya juga bertepatan dengan hukum perang politik di tanah air kita. Selama ini UMNO tidak pernah belajar dan bersekolah dengan sebuah perubahan. Bagi mereka perubahan adalah malapetaka dan celaka. Maka apa cara sekalipun Anwar mesti dipadam dari arena politik Malaysia. Realitinya berbeza…Semakin kuat tekanan dan segala macam tuduhan ke atas beliau..semakin ramai rakyat mendokongnya. Maka akhirnya jerat konspirator UMNO makan diri. Datanglah Ezam atau apa sahaja nama para macainya, mereka turut tenggelam dalam arus kesedaran rakyat ini.

3. Kealpaan beberapa pemimpin PAS amat disayangkan tapi inilah realiti yang seharusnya para pejuang bersikap lebih realistik dan terbuka. Inilah juga tarbiyah siasah yang wajib kita halusi untuk masa depan. Jangan jadikan ini alasan untuk kita mundur dan menjauhkan diri dar arena politik tapi sebenarnya ia adalah fitnah dalam perjuangan. Semoga fitnah atau ujian ini dapat diselesaikan secara baik dan profesional. UMNO ketawa melihat PR melompat-lompat mengikut rentak gendang mereka dan mereka akan terus memukul gendang sehingga satu demi satu para pejuang berjatuhan ke lubang mereka. Jika sudah di lubang, maka selamat tinggallah ucapan mereka. Inilah yang terjadi kepada Ust. Nakhae dan sekarang Ezam. Apakah akan jatuh lagi beberapa orang dalam lubang yang sama?..Kita doakan yang terbaik tapi jika mereka mahu ke lubang juga sudah tentu kta tidak dapat berbuat apa-apa.

Mustapa Mansor

July 25, 2008 at 10:15 am Leave a comment

SERIINGKALI KITA TERLUPA…..?.


Saya sempat merujuk kitab Dr. Abdul Karim Zaidan “Usuluddakwah” dalam bab ” Sistem Kemasyarakatan dalam Islam” di tajuk kecil ” Kewajiban Individu Terhadap Masyarakat”;

1. Bebanan membaiki masyarakat wajib dipikul oleh setiap individu Muslim dan ianya juga wajib mengajak masyarakat lain ke arah hal yang sama. Surah AlMaaidah 3, ” Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya.” Jadi kewajipan bertolong-tolongan di sini merujuk kepada membaiki masyarakat dan melarang masyarakat dari melakukan kerosakan. Inilah inti “taawun alalbirri wataqwa” dan “alal ismi waludwan“. Pejuang kebenaran wajib memahami hal ini kerana se4gala gerak aksi kita dalam berpolitik dan bermasyarakat adalah berasaskan dua hal ini.

Sebenarnya jika isu PAS atau parti mana pun bermuzakarah dengan siapapun jika berasaskan dua hal di atas rasanya tidak masalah cuma sayangnya hal tersebut dimanipulasi oleh UMNO sehingga kelihatan pemimpin-pemimpin PAS cuba beraksi sendiri. UMNO gunakan isu ini bagi mendapatkan poin di dalam parti mereka dan menggunakan isu ini untuk menghilangkan rasa saling percaya di kalangan PR dan penyokong PAS. Cara UMNO menginformasikan ke khalayak juga dilihat sangat tidak fair/wajar kerana motif utama muzakarah bukan itu yang diharapkan terutama oleh PAS. Jadi sekali lagi ini adalah bukti bahawa pemimpin UMNO tidak ikhlas dalam bermuzakarah dan membela nasinb Melayu Islam yang selama ini dilupakan.

Mustapa Mansor

July 25, 2008 at 10:14 am Leave a comment

Debat: Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak!

Alhamdulillah, Debat Berjalan Lancar

Saya terkejut tatkala tiba di bangunan DBP kerana terdapat polis dan pasukan pencegah rusuhan. Saya sedikit hiba melihat mereka terpaksa bertugas sehingga lewat malam demi menutup pembohongan yang dicipta oleh para penguasa yang rakus dan tamak.

Debat tetap berlangsung pada ketika saya mungkin ditahan oleh pihak polis bila-bila masa sahaja. Sudah tentu saya merasakan tekanan yang berat akan tetapi ini adalah peluang terbaik bagi saya untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak!

Mekanisme yang kita tawarkan ternyata bukanlah satu yang mustahil sebenarnya:

1. Untuk menurunkan harga petrol sebanyak 50 sen kita hanya memerlukan tambahan RM5 bilion sahaja keatas subsidi yang telahpun diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini.

2. Kita mempunyai maklumat bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai “excess capacity” yang melebihi 1000 MW. Ini adalah bekalan simpanan yang tidak digunakan. Ia boleh kita turunkan dan akan menjimatkan kos kepada TNB dan juga mengurangkan penggunaan bahan bakar untuk menjana elektrik. Penjimatan kos TNB ini memungkinkan kita menyemak kembali tarif elektrik. Pengurangan penggunaan bahan bakar pula membolehkan kita menyalurkan subsidi bahan bakar yang diperuntukkan untuk syarikat penjana kuasa bebas (IPP) bagi menjana tenaga elektrik kepada subsidi minyak untuk rakyat jelata.

3. Pembanterasan korupsi dan rasuah juga memastikan tiada lagi ketirisan berlaku. (Morgan Stanley menunjukkan RM330 bilion (USD90 bilion) telah lesap kerana amalan rasuah yang berleluasa.

Pendirian Pakatan Rakyat adalah jelas iaitu sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah sebuah kerajaan yang cuba sedaya upaya untuk meringankan beban rakyat seluruhnya. Negara kita berhadapan dengan kadar inflasi yang tinggi akibat kenaikan harga minyak secara mendadak. Ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi merencat sekaligus menyusahkan rakyat kerana harga barang seperti gula, tepung, minyak masak dan beras naik.

Oleh itu kita berpendapat sangat penting untuk menurunkan harga minyak agar tidak membebankan rakyat terbanyak. Pendirian kita jelas iaitu korupsi harus diperangi, ketelusan harus menjadi amalan dan ketirisan wajib segera dibaiki!

ANWAR IBRAHIM

July 16, 2008 at 10:56 am Leave a comment

PROTES SEJUTA RAKYAT -6.7.08 SATU SEJARAH BERWARNA MERAH…

6/7 JUN

Sejak malam 6 Jun sudah ada yang datang dari seluruh negara dengan satu desakan TURUNKAN HARGA minyak!!. Sekeliling stadium penuh dengan peniaga seperti pasar malam yang menjual bermacam jenis minuman, makanan dan beberapa produk merchandise PR. Sungguh menarik lagi kerana 80% adalah anak muda yang masih bertenaga dan sudah punya pendirian politik bagi masa depan Malaysia. Inilah yang menarik dan inilah petanda jelas bahawa rakyat perlukan perubahan yang menyeluruh sehingga harga minyak benar-benar dapat diturunkan.

Di sinilah juga teman-teman lama sejak 1998 dapat bertemu sekali lagi sambil mengenang sejarah silam yang memberi kepuasan tersendiri kerana jika tidak ada gerakan reformasi pada tahun 1998 maka sudah tentu kemenangan 8 mac 2008 tidak terjadi. Perjuangan apa pun perlukan waktu dan proses tertentu sehingga ianya menjadi sebuah bentuk. Soal sempurna atau tidak tidak penting kerana ianya masih perlukan sedikit waktu bagi proses penyempurnaannya. Inilah taklif atau tanggungjawab yang wajib dipikul oleh semua pejuang sehingga HARAPAN BARU menjadi kenyataan di Malaysia. Semoga ianya tidak dilengahkan lagi kerana sememangnya musuh rakyat BN-UMNO akan menggunakan serba macam cara untuk menyekat ianya menjadi kenyataan. Beruntunglah mereka yang menjadi pejuang yang konsisten sehingga wujudnya MALAYSIA BARU dan segala kebaikan darinya adalah saham besar yang tidak ternilai buat dunia dan akhirat kita…Ayuh sdr kita teruskan kerana garis penamat sudah hampir tiba….!!! Haruman dari Putrajaya makin kuat terasa…

Meneliti dari beberapa ucapan pemimpin PR jelas sekali bahawa BN memang sudah tidak relevan lagi di persada negara dan rakyat juga nampaknya sudah siap untuk menerima kedatangan kerajaan baru dari PR…

DSAI juga mengambil moment ini untuk menjawab tuduhan terhadap beliau…

“Bersumpah…saya akan lakukan” – Anwar

Harakahdaily Mon Jul 07, 08 7:10:58 am MYT
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Hrkh) – “Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan,”demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan oleh Malaysiakini sewaktu berceramah di hadapan lebih 30,000 orang di Stadium MPPJ, Kelana Jaya malam tadi. –>
Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.
“Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya.
“Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.
“Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.
“Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan,” tegasnya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.
Malaysia mesti diselamatkan
Ucapan beliau malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak semalam.
Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.
“Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.
“Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan.
“Mengapa kes ini dibangkitkan sekarang? Kerana kita maju ke depan. Kamu main drama ‘Sivaji The Boss’, kita main drama ‘Sivaji The Boss’.
“Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan,” ulang Anwar sambil disambut temukan gemuruh dan laungan reformasi.
Pada 28 Jun lalu, pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, beberapa kali sekitar bulan Jun lalu.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau “sumpah” sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.
Manakala, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta mufti Perlis itu tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik.
Dan semalam, Dr Mohd Asri mencadangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi orang tengah yang akan membawa Anwar dan Saiful untuk “mubahalah” atau ‘bersumpah’ sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.
Saya akan bongkar habis-habisan
Dalam ceramahnya juga, Anwar mendakwa beliau tidak mahu isu tuduhan liwat ini menjadi isu peribadi beliau.
“Tetapi (ia) diulang dengan jahat dan (dengan) fitnah yang kejam. Kita tidak terima ini.
“Saya akan bongkar habis-habisan. Siasatan polis tidak seteruk tahun 1998-1999 tetapi akan beri kerjasama penuh untuk siasatan,” kata Anwar lagi.
Anwar berkata, jika beliau dipukul, ditangkap dan dipenjarakan lagi, ia tidak akan menyelesaikan masalah.
Beliau bertanya selama enam tahun beliau di dalam penjara, adakah politik baik, rasuah turun dan harga minyak turun?
Anwar menambah, politik sudah tidak terkawal dan kerajaan Pakatan Rakyat mahu memulihkan keyakinan pelabur.
Mengenai dakwaan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamid Albar bahawa beliau memberi maklumat kepada Amerika Syarikat, Anwar berkata:
“Kalau ada bukti saya telefon dan surat yang saya hantar kepada Amerika Syarikat, saya boleh diambil tindakan.
“Jika tidak saya akan saman kamu,” katanya disambut tepukan gemuruh pada hadirin.
Anwar juga berkata, beliau sedia berdebat dengan Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai ini berhubung isu kenaikan harga minyak.
Bagaimanapun, katanya, lebih baik debat itu dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Timbalannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak. – mks._

Majlis bersurai sekitar jam 11.00 malam…Tahniah kepada pihak penganjurPROTES, Squad AMK, AMAL dan Srikandi dan seluruh yang menjayakannya. Walaupun ada sedikit kekecohan tapi ianya dapat segera diselesaikan dengan baik…Dari apa yang terjadi..pihak penganjur harus menerima hakikat betapa pentingnya BERHATI-HATI dalam semua hal untuk di masa akan datang. Tak perlu salahkan sesiapa tapi semua yang terlibat wajib menerima tanggungjawab ini. Sebagai seorang muslim..BERTAUBATLAH!!!! ALLAH maha pengampun dan Alak (penyanyi kumpulan Carburetor) mungkin terbawa dengan kemarahan dalam emosi PROTES tersebut. Sdr. Hishamuddin juga telah mengakui kesilapan beliau jadi kepada para pejuang maafkanlah mereka!! Memaafkan lebih baik dari berdendam…!!! Namun pejuang berhak tegas menyatakan penderian atas kejadian tersebut. Pihak yang bertanggungjawab harus akur dengan pendirian tersebut. Debgarkanlah pandangan dari sdr-sdr pejuang seluruh Malaysia.

Pemuda PAS Pahang kesal aksi ‘tunjuk punggung’ sempena protes
Basiron Abdul Wahab Mon Jul 07, 08 3:58:56 pm MYT
KUANTAN, 7 Julai (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Pahang melahirkan rasa kesal yang amat sangat terhadap Jawatankuasa Protes kerana ‘aksi tunjuk punggung’ semasa Himpunan Memprotes Kenaikan Harga Minyak semalam. –>
Ketuanya, Ustaz Suhaimi Md Saad berkata, aksi memualkan itu membelakangi akhlak Isam dan budaya himpunan yang sepatutnya membawa suara rakyat dan keluhan rakyat telah menjadi himpunan ala ‘fun fair’.
Dalam kenyataanya Suhaimi berkata, kehadiran ahli Pemuda PAS beramai-ramai ke perhimpunan itu adalah untuk ditipu oleh penganjur Protes dan kesengsaraan rakyat akibat kenaikan harga minyak dan barangan telah dipermainkan.
Sehubungan itu Pemuda PAS Pahang mendesak Jawatankuasa Protes meletakkan jawatan dan bertanggung jawab di atas aksi ‘tunjuk punggung’ di Pentas Kelana Jaya.
Berikut adalah kenyataan penuh Dewan Pemuda PAS Pahang.

Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang (DPPNP) melahirkan rasa kesal atas insiden yang berlaku semasa penganjuran Himpunan Rakyat PROTES kali ini. Apa yang kita bimbangi berlaku dalam himpuan PROTES menjadi kenyataan. Memualkan dan menjelekkan apabila acara pentas membelakangkan akhlak Islam dan budaya luhur masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Himpunan yang sepatutnya membawa suara rakyat dan keluhan rakyat menjadi himpunan ?ala Fun Fair?.
DPPNP telah dimaklumkan hasil perbincangan dengan Dewan Pemuda PAS Pusat dengan jawatankuasa PROTES yang bersetuju untuk menggugurkan semua aktiviti nyanyian yang melibatkan band dan kumpulan-kumpulan tertentu sebagaimana yang tertera di poster sebelum ini. Tetapi malangnya Pemuda PAS turun beramai ramai hanya untuk ditipu oleh jawatankuasa PROTES.
Nama besar seperti PROTES tidak seharusnya menyajikan acara pentas sebegitu. Seharusnya kita belajar dari Kejayaan Himpuan BERSIH. Walaupun tekanan yang begitu hebat namun ia gagal mengekang kebangkitan rakyat menuntut demokrasi.
Semua rakyat terkesan dengan kenaikan harga minyak. Seharusnya himpunan ini lebih berjaya dan bermakna daripada Himpunan BERSIH.
Kami hadir kerana mahu membantah kenaikan harga minyak dan mahu mendesak agar kerajaan UMNO dan BN memahami derita rakyat lalu menurunkan harga minyak. Kami bukan datang untuk berhibur.
Suka diingatkan DPPNP bukan anti hiburan. Himpunan semurni ini bertujuan untuk membawa keluhan rakyat tidak sepatutnya bercampur aduk dengan hiburan ala barat.
Walaupun kami dimaklumkan liriknya mengutuk kedajalan Umno/BN, seperti lagu Hantu Raya di Putrajaya tetapi tak ada perkataan yang boleh difahami disebabkan muzik yang bingit dan menenggelamkan suara penyanyi. Dengan aksi londeh seluar dan tunjuk punggung menjadikan aksi itu lebih sesuai digelar ?Hantu Raya di Pentas Kelana Jaya?.
Jawatankuasa PROTES seolah-oleh memperbodohkan peserta perhimpunan yang datang dari seluruh negara. Kesengsaraan rakyat jelas dipermainkan.
PROTES sampai turun bertukar kepada PROTES sampai nampak punggung!. Ahli jawatankuasa PROTES yang bertangung jawab membawa budaya buruk ini seharusnya disingkirkan daripada jawatankuasa Himpunan Rakyat pada masa akan datang.
DPPNP mengutuk acara hiburan ala barat dan aksi-aksi pentas terlampau yang berlaku dalam Himpunan PROTES dan seharusnya ia menjadi pengajaran kepada semua.
Sekian

SUHAIMI BIN MD SAAD

Pemangku KetuaDewan Pemuda PAS Negeri Pahang_

KOMENTAR MEMBIUNA ….

“Ini bukan Protes tapi Karnival Turun Minyak”

Izwan Abdul Halim Mon Jul 07, 08 2:28:29 pm MYT
KOTA SARANG SEMUT, 7 Julai (Hrkh) – Pemuda PAS Kedah melahirkan rasa kesal dengan pengendalian Himpunan Protes Sejuta Rakyat yang diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) di Kelana Jaya semalam. –>
Bagi pemuda Kedah, himpunan semalam tidak mencapai tujuan asal gerakan Protes yang telah digerakkan sejak tahun lalu.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah (DPPNK), Ustaz Musoddak Ahmad di Kompleks PAS Kedah sebentar tadi.
Menurutnya, ramai kontingen pemuda dari kawasan-kawasan yang hadir ke himpunan berkenaan turut ‘memprotes’ pengendalian himpunan itu semalam.
“Pemuda-pemuda dari (Kawasan) Kuala Kedah, Pendang, Sik, Merbok, Padang Serai, Sungai Petani, Langkawi dan lain-lainnya pergi untuk menyatakan protes tetapi pulang awal kerana ‘memprotes’ cara himpunan itu.
“November lalu himpunan Bersih telah memasuki ‘gear empat’ suara rakyat dan sepatutnya gelombang itu menjadikan Protes memasuki ‘gear lima’ tetapi semalam himpunan jadi ‘gear satu’,” ujarnya kecewa.
Menurutnya, rakyat sudah ada keberanian untuk turun ke jalan dan tidak bimbang kepada risiko berhadapan ‘water-cannon’ dan semburan kimia.
Oleh itu, menurut beliau, mengadakan himpunan di stadium seolah-olah berundur semula ke belakang.
“Bila buat himpunan macam ini, protes yang dinyatakan tidak tampak kepada umum apatah lagi pihak yang diprotes juga tidak akan rasa apa-apa,” tambahnya lagi.
Beliau turut menyatakan kekesalannya kerana wujud konsert pada himpunan berkenaan.
“Rata-rata pemuda Kedah pulang setelah konsert diadakan, mereka menggelar himpunan itu bukan ‘protes’ tetapi ‘karnival turun minyak’.
“Pemuda Kedah datang bukan untuk berhibur, mereka datang atas nama perjuangan. Jadi sebarang sekatan yang mungkin berlaku mereka sanggup hadapi,” jelasnya yang turut memaklumkan DPPNK akan menghantar nota bantahan kepada jawatankuasa penganjur himpunan itu. – mks. _

Petugas PKR dituduh ganggu jurugambar

Jul 8, 08 4:22pm
Angkatan muda PKR didakwa mengasari dan menghalang tugas jurugambar dalam beberapa liputan, termasuk di perhimpunan membantah harga minyak kelmarin. Angkatan muda, yang bertugas bagi pihak penganjur Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), didakwa menghalang petugas media yang cuba merakam insiden kekecohan sewaktu persembahan kumpulan Carburetor Dung.

Malah, petugas angkatan muda sendiri didakwa turut terlibat memburukkan lagi keadaan di atas pentas, termasuk memukul penyanyi kumpulan muzi indie itu, Alak (foto).Aduan tentang gangguan sayap pemuda PKR ini telah disampaikan oleh Persatuan Wartawan Foto Cina Malaysia (MCPA) kepada parti tersebut, penganjurnya dan beberapa pemimpin.Malaysiakini juga menghantar surat bantahan berhubung isu yang sama dengan menamakan wartawan-wartawan beberapa media lain seperti Reuters, TVPas, The Star, Suara Keadilan dan Channel News Asia yang turut mengalami gangguan petugas parti pembangkang tersebut.

Sementara itu, angkatan muda menafikan pemuda yang didakwa cuba menumbuk penyanyi kumpulan Carburetor Dung sebagai anggota skuad petugas pergerakan itu.”Angkatan Muda menafikan pihak yang memulakan kekecohan itu adalah ahli kita. Arahan kita kepada skuad jelas, pakai baju biru skuad AMK tanpa mengenakan jaket,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada Malaysiakini. “Jadi sesiapa yang memakai jaket, bukanlah anggota skuad AMK.” Mengulas tindakan awal beberapa orang yang memulakan kekecohan,

Shamsul berkata: “Kita percaya, (tindakan) ini dilakukan oleh ejen-ejen provokasi dan anasir-anasir luar yang cuma memburukkan nama AMK.”Menurutnya lagi, sehari sebelum program, skuad AMK telah diberikan taklimat bagaimana mengawal keadaan dan menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.”Arahan kita jelas, (jika berlaku kekecohan) lepaskan dan kosongkan mereka (yang menjadi sasaran) dari tempat itu.”Sebab itu sewaktu Alak diserang, skuad AMK membuat benteng manusia untuk melindunginya daripada dipukul sehingga ada ahli-ahli kita yang luka, koyak seluar dan lebam kena baling dengan topi keledar dan kayu. “Mereka ini bekerja keras mengawal keadaan. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka,” tambahnya.Mengulas dakwaan MCPA bahawa kumpulan itu mengasari dan menghalang tugas jurugambar, Shamsul berkata perkara itu terjadi tanpa disengajakan.”Dengan keadaan kelam-kabut ketika itu. Macam-macam boleh berlaku. Tidak dinafikan mereka (petugas) sebahagiannya panik. “

Kepada wartawan dan jurugambar yang terlibat saya mohon maaf dan saya percaya perkara ini tidak akan berulang,” katanya.

Konsert kecoh: Protes harus disalahkan
Jimadie Shah Othman Jul 8, 08 11:42am
kemaskini 2:52pm

Penganjur perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad lalu harus dipersalahkan atas kontroversi kumpulan Carburetor Dung, kata seorang sasterawan veteran.”Kalau nak salahkan sesiapa, penganjur yang patut dipersalahkan. Dah tahu kumpulan itu macam itu, kenapa jemput? Lagipun persembahan rock macam ini bukan budaya kita,” kata Razali Endun.”Lain kali (penganjur) mestilah berhati-hati. (Perhimpunan) ini bukan kelab malam.”Beliau juga menambah: “Perbuatan itu kurang ajar, tidak tengok tempat. Aksi itu tidak patut berlaku. Perbuatan itu tidak kena dengan tempatnya dan menjejaskan nama baik penganjur dan PKR. Banyak benda lagi boleh buat.”Mengulas cara bantahan penonton yang menggunakan kekerasan, Razali berkata: “Tidak boleh salahkan penonton. Penonton ada macam-macam jenis. Itu aksi dia (Carburetor Dung), itu dia dapat. “Apa yang dia buat, sesiapa pun akan marah. (Penonton) yang suka sedikit, (mereka) yang tidak suka ramai.”

Perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di stadium Kelana Jaya kelmarin menyaksikan kekecohan sewaktu penghujung persembahan konsert kumpulan punk tersebut. Penyanyinya Alak mengalami cedera ringan dalam serbuan sekumpulan penyokong pembangkang, sementara botol minuman dan batu bata melayang ke pentas utama. Mereka dilaporkan marah dengan aksi menayangkan punggung ke arah penonton sewaktu penyanyi itu menyampaikan Mari nyanyi menjilat – lagu mengkritik budaya mengampu dan kebergantungan kepada korporat.Difahamkan, isu kontroversi yang mendapat liputan meluas media ini dijangkakan akan dibincangkan dalam mesyuarat Protes hari ini bagi menilai program sehari suntuk yang berjaya menarik 25,000 orang.

Penyair tersohor Pyanhabib juga tidak senang dengan kontroversi itu. Bagaimanapun beliau bersimpati dengan kumpulan tersebut.”Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Susah payah Protes, jadi habis begitu sahaja. Tidak pasal-pasal, yang difokuskan sekarang bukan hal minyak naik tetapi hal peserta naik minyak,” katanya, yang turut serta membaca puisinya membantah kenaikan harga minyak sebelum kejadian.”Kasihan pemuzik, kasihan (golongan) fanatik, kasihan Protes. Lagi, waktu hampir maghrib, tidak elok berlaku begitu (kekecohan),” tambahnya.Menurut Pyanhabib lagi, kontroversi itu berlaku disebabkan “peserta pengacau yang hipokrit”.”Mereka (Carburetor Dung) jadi mangsa peserta pengacau yang hipokrit. Peserta (bersikap) hipokrit sebab dua lagu sebelum itu boleh diterima, kenapa lagu ketiga mereka buat kacau? “Mereka harapkan lagu yang baik-baik? Memang pemuzik bawah tanah (underground) baik-baik cuma cara penyampaian mereka telah kaburkan maksud baik (itu). Jika tidak suka cara pemuzik bawah tanah itu, (pergilah) jumpa penganjur persembahan pertama sebelum bontot ditunjukkan, habis cerita,” katanya. Peserta yang fanatik ini, tambahnya, datang dari jauh dan bersemangat tetapi tidak bersikap terbuka.”Kasihan (juga pada) peserta fanatik, mereka ini rasanya datang dari jauh. Mereka bersemangat, tetapi tidak (berfikiran) terbuka. Bila ternampak ‘bontot’ mereka hilang fokus. “Tahu tak ada menteri tayang bontot, tepuk bontot atau raba bontot?” kata Pyanhabib yang terkenal dengan sajak-sajak satira politiknya.

Kurator di Yayasan Kesenian Perak (YKP), Nur Hanim Mohamed Khairuddin pula menyifatkan pemuzik indie itu gagal memahami konteks acara itu sehingga tercetus kontroversi.”Mereka patut faham konteks. Ia berbeza dengan persembahan di gig. Perhimpunan itu disertai orang daripada pelbagai latar, parti dan agama. “(Kekecohan) ini sebuah konflik budaya. Mungkin juga sebab kumpulan itu punk rock. Pemuzik lain (yang membuat persembahan) tiada masalah.”Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan bantahan kelmarin dan menyifatkannya sebagai “primitif”.”Saya tidak setuju dengan bantahan itu kerana tidak memberi peluang anak muda berekspresi. Tetapi dengan cara melempar (objek), itu (tindakan) primitif. Mesti ada yang memulakan. “Mana datang batu bata? Mana ada orang pergi perhimpunan bawa batu bata? Dari mana ia datang? “Lagi pun benda ini boleh berjangkit, ada elemen histeria, melatah. Amuk ini cepat sangat. Ini pengajaran,” katanya.Alak semalam percaya kekecohan bermula daripada provokasi tiga orang penonton.

Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) pula berpendapat kontroversi itu sebagai “pengalaman pertama kepada pihak yang prodemokrasi untuk matang”.”(Gelagat) Carburator Dung pada hari itu adalah simbol tekanan berpuluh-puluh tahun terhadap generasi muda. “Carburetor Dung adalah produk (politik) autokratik. Tindakannya harus dilihat sebagai period demokrasi pada peringkat awal,” kata jurucakapnya Hasmi Hashim.“Di mana-mana tempat pun, peralihan (daripada pemerintahan autokrasi kepada demokrasi) akan ada period menuju kematangan demokrasi. “Begitu dengan Faizal Tahir (membuka baju di pentas, Januari lalu) – itu ekspresi menuju demokrasi dan proses pendewasaan menuju demokrasi sebenar. “Kita tidak mahu halang ekspresi – ia akan perlahan-lahan matang. Di Indonesia pada 1998 dan 1999 lagi banyak perkara berlaku. Kita tidak boleh berpatah balik,” tambah penulis isu-isu seni ini, yang juga ketua penerangan PKR Johor.Mengulas bantahan itu yang menggunakan kekerasan, Hasmi berkata, khalayak tidak harus dipersalahkan tetapi lebih penting mengawal keselamatan dan meredakan kemarahan semua pihak.”Kita tak boleh halang campur tangan khalayak. Yang penting ada pasukan mengawal. AMK (angkatan muda PKR) mengawal dengan baik dan keadaaan terkawal. Itu adalah sentimen dan reaksi orang bawah. “Yang penting adalah proses meredakan kemarahan orang bawah dengan memastikan keselamatan semua pihak terjamin dan memberi peluang pihak yang berkenaan membuat penjelasan. Mengulas tindakan segera penulis kolum terkenal Hishamuddin Rais, yang turut terlibat mengatur segmen muzik dalam perhimpunan Protes itu, memohon maaf kepada khalayak dan mengambil sepenuhnya tanggungjawab, Hasmi berkata:”Saya belum nampak orang sebesar dia tunduk dan memohon maaf.”Hasmi mencadangkan kumpulan pemuzik itu “berekspresi dengan lebih bijaksana” untuk persembahan mereka akan datang.
Nik Aziz kecewa perhimpunan ‘seronok-seronok’

KOTA BHARU 8 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan perjalanan perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun kelmarin yang bertukar menjadi majlis ‘seronok-seronok’.
Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tidak terfikir program yang digerakkan oleh pakatan pembangkang bagi membantah kenaikan harga minyak turut diselitkan dengan persembahan muzik liar dan melampau itu.
“Saya kecewa betul, saya tak terfikir benda tu boleh berlaku, macam mana saya pun tak faham,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, beliau bersetuju dengan tindakan ahli Pas termasuk unit amalnya yang dikatakan bertindak keluar dari stadium kerana tidak menyenangi apa yang berlaku.
“Saya memang setuju, buat apa kita turut orang, turun dari rumah kita nak protes, tiba-tiba sampai di sana, orang lain buat cara bukan nak protes, tapi nak seronok-seronok, tak boleh,” katanya.

Pas anggap Protes gagal capai matlamat

SHAH ALAM 8 Julai – Pas Selangor menyifatkan Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Kelana Jaya, Ahad lalu, sebagai tidak relevan dan gagal mencapai matlamatnya.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, perhimpunan itu gagal selepas tindakan penganjur mengundang kumpulan muzik underground sehingga mencetuskan insiden aksi penyanyinya melondehkan seluar pada persembahannya.
Katanya, pihak penganjur seharusnya peka dengan budaya serta agama kerana tindakan penyanyi kumpulan Carburetor Dung, Alak jelas bertentangan dengan budaya dan agama yang diamalkan di negara ini.
Menurut beliau, insiden berkenaan juga dilihat tidak menjurus kepada matlamat sebenar perhimpunan itu diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak yang dikatakan membebankan rakyat ketika ini.
‘‘Saya tidak nampak apa relevannya pihak penganjur mengundang kumpulan itu mengadakan persembahan sedemikian kerana ia jelas tidak sesuai dengan tujuan sebenar perhimpunan itu. Malah, ia juga dilihat seolah-olah satu pertunjukan hiburan.
‘‘Saya difahamkan juga, ketika perhimpunan itu, kira-kira 700 orang Unit Badan Amal Pas turut menarik diri sebagai urus setia dan saya tak salahkan mereka.
‘‘Tetapi saya fikir, jika itu (persembahan) merupakan tarikan orang ramai hadir ke perhimpunan tersebut, saya anggap ia tidak mencapai sasaran dan tidak berjaya,’’ jelas beliau yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, di sini hari ini

July 9, 2008 at 6:15 am Leave a comment

Demonstrasi Aman di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur

 


Demonstrasi Aman di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur


ANWAR IBRAHIM DIFITNAH LAGI, SELAMATKAN BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA!”




Solat Hajat bersama Dr. Ustaz Badrul Amin dan penjelasan dari Dato’ Sri Anwar Ibrahim




Anjuran: Ikatan Kebajikan Rakyat(IKRAR) dan Angkatan Muda KeAdilan(AMK)


Tarikh: 4 July 2008


Waktu: Selepas Solat Jumaat


RAKYAT DIJEMPUT HADIR SERTAI BERSAMA MEMPERJUANGKAN KEADILAN!


————————————————————————————


Peaceful Demonstration to be Held at Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur




ANWAR IBRAHIM HAS BEEN SLANDERED AGAIN, SAVE OUR FUTURE PRIME MINISTER!”




Solat Hajat lead by Dr. Ustaz Badrul Amin and explanation by Dato’ Sri Anwar Ibrahim




Organizer: Ikatan Kebajikan Rakyat(IKRAR) and Angkatan Muda KeAdilan(AMK)


Date: 4th July 2008


Time: After Friday Prayer




ALL MALAYSIANS ARE URGED TO TAKE PART TO FIGHT FOR JUSTICE!

July 1, 2008 at 4:53 pm Leave a comment

KENYATAAN MEDIA “ANWAR DIFITNAH LAGI”

KENYATAAN MEDIA “ANWAR DIFITNAH LAGI”

Kami adalah sebahagian dari rakyat Malaysia yang bergabung di bawah IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat) ingin menyatakan bahawa kami merasa amat malu dengan pemimpin UMNO yang kononnya beragama Islam yang sanggup sekali lagi mengulang tuduhan palsu yang sama terhadap salah seorang pemimpin rakyat yang disukai rakyat. Pada tahun 1998 DSAI, keluarga dan seluruh pemimpin rakyat yang cintakan keadilan, kebenaran dan membenci kezaliman telah dimalukan oleh pemimpin UMNO masa iaitu Dr. Mahathir dan sekarang berulang lagi.

Mereka sebenarnya sudah jauh sekali dari Islam, adat sopan budaya Melayu dan nilai-nilai mulia sebagai seorang insan. Pendekatan politik yang hina sekali lagi digunapakai untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni mereka. Mereka benar-benar sudah hilang nilai diri dan semakin jauh dari agama mereka dan agama nenek moyang mereka. Agama mereka adalah KUASA dan tuhan mereka adalah NAFSU. Mereka sembah NAFSU dan mereka akan buat apa saja asalkan mereka dapat terus BERKUASA.

IKRAR mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan dan tuduhan yang hina ini serta ingin mengajak seluruh rakyat menadah tangan ke langit sambil berdoa. ” Ya Allah, Engkau yang Maha Agung dan Maha Berkuasa, ampunkan dosa kami dan dosa pemimpin-pemimpin kami, Engkau yang Maha Tahu segalanya, humbankan rasa hina dan gelisah kepada mereka yang bersama dalam konspirasi ini, porak perandakan perancangan mereka dan hancurluluhkan seluruh KERAJAAN ZALIM MEREKA dan gantikan dengan KERAJAAN BARU YANG ADIL BUAT RAKYAT SEMUA.!! HANCURKANLAH YA ALLAH 3 x !!! Bacakan di seluruh masjid di tanah air !!!

KEPADA SIPENDURJANA RAKYAT, ini mesej dan amaran jelas kepada KAMU semua yang terlibat, kamu boleh buat apa sahaja yang kamu inginkan tapi ingat kamu juga adalah manusia seperti kami.!! Nyawa kamu juga satu dan tempat kembali kita juga sama. Buatlah apa yang kamu suka tapi kami bukan bodoh seperti sebelumnya..Ayuh…bertarunglah kamu dengan KEBENARAN DAN kami yakin kamu akan KALAH sekalipun balatentera gagah bersama kamu kerana KEBENARAN adalah hakikat sebuah kekuatan. Kami serahkan nasib kami dan pemimpin kami DSAI kepada Allah yang menciptakan kami dan kamu. Kami yakin ALLAH senantiasa bersama dengan kebenaran dan kamu pasti kecundang dengan kebenaran.

KAMI AKAN TERUS MENGAJAK SEMUA RAKYAT BERSAMA DALAM SIRI BANTAHAN KEZALIMAN INI DI SELURUH MALAYSIA DAN MEMASTIKAN 6 JULY LEBIH SEJUTA RAKYAT TURUN DI JALAN MEMBUAT PROTES.

Disediakan:

Mustapa Mansor
Pengerusi IKRAR

June 30, 2008 at 6:35 am Leave a comment

Older Posts


Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (GERAMM)

T-SHIRT GERAMM

Tempahan boleh dibuat mulai sekarang dengan menghubungi Jawatankuasa IKRAR En. Azlan ditalian 012 624 5965 atau En. Haidir 019 365 1317/017 487 3707. T-SHIRT GERAMM yang berwarna merah akan dipakai pada "Peace Walk" 28 Jun 2008 dan 5 Julai 2008.

Recent Posts

Blog Stats

  • 3,346 hits

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.